10 Kesilapan Ketika Bersenam

0
692

Kali ini, Abang Sado nak kongsikan sikit kesilapan yang biasa orang lakukan semasa bersenam di gym…

Cuba anda teliti kesilapan-kesilapan berikut…

1) Terlalu Gopoh

Sela dan Tempoh masa yang singkat.
Terlalu berharap kepada hasil yang cepat/mendadak.
Tidak berharap kepada peningkatan yang konsisten dan ‘gradual’.

2) Ikut/Dengar Nasihat yang Salah

Sepatutnya lebih merujuk kepada yang pakar.
Elakkan nasihat-nasihat yang berupa ‘BroScience’.
Tidak salah meminta/ambil nasihat daripada rakan taulan/sekerja, tapi biarlah daripada yang layak/berkelayakan.’

3) Terlalu Bergantung kepada Senaman Kardio

Tidak/Kurang manfaatkan senaman bebanan sedangkan senaman bebanan telah terbukti lebih banyak membakar lemak dan kalori.
Melakukan senaman kardio terlalu lama sehingga kehilangan tenaga yang sangat diperlukan untuk senaman bebanan.

4) Mengangkat Bebanan Lebih

Beban terlalu tinggi sehingga abaikan faktor teknik/’forms’.
Mentaliti yang menjurus kepada peningkatan risiko kecederaan.

5) Tidak Membuat Penilaian Fungsi

Bersenam/Berlatih secara membuta-tuli.
Tidak mementingkan pembangunan bahagian/anggota tubuh yang lemah.
Abaikan kepentingan dalam membaiki Jangkauan Jarak (‘RoM’).

6) Konsumsi Air Putih Tidak Menentu

Konsum kurang air putih.
Tidak/Kurang konsum air putih sebelum & ketika bersenam.
Boleh akibatkan kesakitan, dan kekejangan.
Tingkatkan risiko kecederaan, dan mendapat sakit seperti demam, dan sebagainya.

7) Tidak Mementingkan Nutrisi

Peningkatan aktiviti seharian juga perlukan peningkatan bekalan nutrisi.
Ketidakseimbangan nutrisi boleh akibat pelbagai masalah seperti sakit/penyakit, stress, mengantuk, kelesuan, dan sebagainya.
Mengurangkan keberkesanan program menurunkan berat badan, dan membakar lemak.
Boleh akibatkan tubuh berada pada keadaan ‘Starvation Mode’.

8) Terlalu Bergantung kepada Makanan Tambahan (Supplements)

Abaikan kepentingan makanan/minuman sebenar (‘Real-Foods’).
Psikologi: ‘Supplements’ HANYA ‘Tambahan’. Ini juga bermaksud/’Imply’ bahawa diet dan nutrisi yang seimbang (‘Spot-On’) daripada pengambilan makanan dan minuman sebenar, adalah sudah mencukupi.
Alasan tidak punya masa mencukupi untuk buat persediaan ‘meals’ seharian adalah perkara yang terlalu biasa (‘Too Common’).

Tidak/Kurang menyedari bahawa makanan tambahan boleh mengandungi (‘If not all’) bahan kimia, bahan berbahaya, dan sebagainya, yang boleh merosakkan sistem tubuh.
Perlu diingatkan bahawa tidak semua pengusaha bersikap jujur SEPENUHNYA berkenaan dengan bahan-bahan sebagai kandungan dalam produk mereka, termasuk informasi tentang fakta nutrisi, kaedah produksi, dan sebagainya.

bersenam

9) Fokus kepada Kuantiti Sahaja

Tidak mementingkan kualiti senaman/latihan, diet, dan sebagainya.
Contoh: Gagal memilih beban yang sesuai ketika melakukan senaman bebanan pada rep tinggi.

10) Menggunakan ‘Gears’ yang Tidak/Kurang Sesuai

Gunakan kasut yang tapaknya tidak rata/’flat’ ketika melakukan senaman tertentu seperti ketika ‘Leg-Day’, ketika ‘DeadLifts’, dan lain-lain.

Gunakan ‘gears’ yang sudah lusuh/haus, yang sepatutnya sudah ditukarganti.
Gunakan pakaian yang tidak/kurang bersesuaian.
Gunakan ‘running-shoes’ yang tidak bersesuai dengan permukaan seperti untuk trek/balapan, hutan, pergunungan, berbatu-batu, dan sebagainya.
Tingkatkan risiko kecederaan terutamanya kecederaan pada sendi, pada tendon, pada tulang belakang, dan sebagainya.
Kurangkan keberkesanan bersenam/latihan.

Kesilapan-kesilapan ketika bersenam ini perlulah diperbetulkan, supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini semasa senaman gym. Takut nanti akan memberi kesan buruk kepada sistem badan. Jangan terlalu PUSH jika badan tak mampu, yang penting mestilah KONSISTEN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here