10 Perkara Menghalang Untuk Berjaya

0
840
berjaya

Untuk post kali ini nak beri perkongsian supaya yang membaca ini akan sedikit termotivasi untuk teruskan apa yang diusahakan. Tidak kisah dalam apa jua bidang mahupun apa yang dicita-citakan samada dalam pada nak membina badan atau pun ingin berjaya dalam perniagaan.

Setiap kejayaan perlu kita lalui pelbagai halangan dan rintangan dalam hidup. Dalam membina impian untuk berjaya mencapainya bukan sesusah dan semudah yang disangkakan. Perjalanan tersebut kadangkala gagal dan tidak mampu di laksanakan kerana sikap dan alasan yg menghukum diri kita sendiri.

Antara yang boleh menghalang untuk berjaya:

1. TIADA IMPIAN ATAU TAKUT BERANGAN-ANGAN
Setiap kejayaan harus bermula dengan memasang angan-angan/impian. Gambarkan atau berimaginasi dengan impian anda. Barulah timbulnya niat dan semangat tanpa kita sedari.

2. TAKUT UNTUK MENCUBA
Ini kesilapan yang pertama yang perlu kita ubah persepsi dalam diri kita. Tiada siapa yang mampu mengubahnya kecuali diri kita sendiri. Mesti berani untuk mencuba sesuatu baru tahu potensi diri sendiri.

3. TIADA ISTIQAMAH DALAM USAHA
Istiqamah bermaksud setiap apa yang kita lakukan dalam usaha yang berterusan iaitu KONSISTEN dan TINDAKAN. Bukan pada mula sahaja “Hangat-hangat Tahi Ayam. Jauhkan diri dari sikap malas dan tidak boleh. Usaha sangat penting, jangan harap duit datang melayang tanpa usaha.

“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

4. TIADA ILMU
Setiap apa jua impian yang mahu kita capai hingga berjaya, perlulah kita memiliki sedikit ilmu. Ilmu tersebut boleh kita dapati dari mana-mana rujukan dan dari pengalaman yang sedang atau telah kita lalui. Belajar dari kesilapan.

Bukan sentiasa mengulangi kesilapan.

5. SENTIASA CAKAP TIDAK BOLEH
Setiap perkara harus kita mulakan selepas kita memasang niat. Semata-mata impian, ianyanya akan menjadi angan-angan kosong sahaja.

Start Action!! Baharu anda sedar impian itu boleh berjaya atau tidak.

6. SUKA MEMBERI SERIBU ALASAN
Belum lagi kita melakukan, sudah muncul pelbagai alasan berdasarkan imaginasi kita yang belum tentu ada kesan logiknya. Manusia yang penuh alasan, ibarat tin kosong. Bunyi sahaja yang bergema lantang, isinya tiada apa yang boleh dibanggakan.

7. TIADA MATLAMAT UNTUK MERANCANG HIDUP
Wajib ada untuk menjadi seorang yang berjaya. Jika tiada matlamat, ibarat kita berjalan tanpa arah tuju. Tetapkan satu aras atau objektif mengikut keselesaan kita. Tiba di aras yang kita tetapkan, kepuasan itulah kejayaan.

“Dayung sudah ada di tangan, perahu sudah di air.”

8. SENTIASA BERGANTUNG HARAP PADA ORANG LAIN
Bekerjasama, atau mendapatkan pandangan dan nasihat dari org lain bukanlah dikatakan tidak boleh. Tapi harus kita ingat, jangan terlalu manja hingga menunggu orang menyuap kita sentiasa. Berdiri di atas kaki kita sendiri. Sebab jika kita gagal dlm proses untuk berjaya, kita akan mula menuding kesalahan kepada mereka-mereka yang anda sering bergantung harap.

9. TIDAK PERCAYA KEPADA KEMAMPUAN DIRI SENDIRI
Berkaitan dengan sebab ke 8, sentiasa bergantung harap hingga membuatkan anda takut untuk mempamerkan idea kreativiti anda sendiri. Jangan terlalu melihat usaha orang lain hingga mengenepikan idea kamu sendiri. Melihat orang berjaya membuka kedai makan, anda terus terpengaruh dgn kejayaan org lain. Kita sentiasa melihat kejayaan/kehebatan orang lain tapi kita sendiri masih di takuk yang sama.

10. USAHA TIDAK SETINGGI IMPIAN
Berusaha dengan sepenuh hati. Kesudahannya anda pasti anda akan kekenyangan dengan kepuasan/kejayaan yang maksima. IMPIAN yang HEBAT disertai dengan usaha yang HEBAT. Impian yang LUARBIASA mesti disusuli dengan tindakan LUARBIASA.

Boleh jadi kita masih terbelenggu dengan hampir kesemua dari senarai di atas yang menyebabkan sampai sekarang kita tak mencapai apa yang kita inginkan bukan…?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here