20 Minit Latihan HIIT Untuk Lengan Anda

2
2293
hiit

Apabila anda membuat senaman untuk lengan anda dengan menggunakan kaedah high-intensity interval atau lebih dikenali sebagai HIIT.

Anda akan mendapat 2 manfaat secara serentak dengan menggunakan kaedah ini, manfaat yang dimaksudkan itu ialah mendapat kekuatan pada otot lengan dan membakar kalori secara besar-besaran dalam satu pakej yang singkat.

Dalam latihan HIIT untuk bahagian atas badan, latihan ini memerlukan gabungan pergerakan menolak dan menarik. Kedua-dua pergerakan ini mampu untuk melonjakan saiz pembesaran otot anda di bahagian atas dengan membakar kalori dan merangsang kadar metabolisme anda.

Lakukan 4 latihan ini dengan melakukan 4 pusingan secara berterusan tanpa berehat jika tiada keperluan.

20 MINIT LATIHAN LENGAN

1. PUSHUP PLUS

hiit

Bermula dengan posisi Plank, pastikan tangan anda lebih luas dari bahu anda, lakukan lengan anda seperti ingin melakukan pushup. Di dalam latihan ini, anda hanya perlu menurunkan sedikit sahaja bahagian anda tanpa perlu membengkokkan lengan anda.

Lakukan dalam 12 ulangan dalam 1 set.

2. SQUAT WITH BICEPS CURL

hiit

Gunakan dumbbell untuk latihan ini, anda perlu berdiri tegak dan melebarkan kaki anda melebihi lebar bahu anda. Sewaktu anda turunkan badan anda ke bawah (posisi squat), kedua-dua tangan anda yang memegang diluruskan ke arah lantai diantara celah peha anda.

Kemudian, sewaktu ingin kembali pada posisi asal, anda perlu memulaskan tangan anda sehingga rapat ke dada anda dengan kesemua jari yang memegang dumbbell tersebut ke arah anda.

Lakukan 12 ulangan dalam 1 set.

3. PULLUPS

hiit

Latihan ini adalah latihan konversional yang sangat digemari oleh ramai ahli bina badan di dunia ini. Anda hanya perlu memegang palang dengan kedua-dua tangan anda dan menolak badan anda keatas dengan menggunakan kekuatan lengan anda sahaja.

Lakukan 12 ulangan untuk 1 set.

4. STEPBACK TO RENEGADE ROW

hiit

Mulakan dengan posisi seperti pushup dengan kedua-dua tangan memegang kettlebells, lakukan dengan mengangkat sebelah tangan seperti anda sedang menarik tali enjin motorboat. Lakukan secara selang-seli tangan kiri dan kanan dengan melakukan 24 ulangan dalam 1 set.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here