4 LATIHAN KARDIO UNTUK MENGECILKAN PERUT

0
841
latihan kardio untuk mengecilkan perut

Alhamdulillah…! Hari ni dah pun masuk hari raya ke tujuh. Mesti masing-masing penuh berselera makan banyak makanan sedap-sedap masa pergi beraya kan? Maklumlah setahun sekali…!

So hari ini Abang Sado nak kongsikan 4 latihan kardio untuk mengecilkan perut. Ha…sesuai dengan masa sekarang ni untuk kebanyakkan dari kita yang susah nak jaga pemakanan bila berhari raya. Tambahan pula bermula hujung minggu akan mula menghadiri banyak jemputan “open house kan”…

Latihan kardio merupakan salah satu cara untuk membakar lemak dan juga mengecilkan perut. Latihan ini sangat digalakkan untuk mendapat kesan yang efektif untuk mengempiskan perut anda. Di sini Abang Sado senaraikan 4 jenis latihan kardio untuk mengecilkan perut yang boleh anda lakukan..!

1- Jalan kaki
Berjalan kaki dapat menjadi latihan yang efektif untuk membakar lemak dan mengecilkan perut, tapi sebaiknya berjalanlah dengan langkah lebih cepat.

2- Berlari
Lari adalah latihan kardio kegemaran bagi banyak orang. Dengan berlari, kita akan melatih seluruh tubuh dari kepala sampai kaki. Latihan berlari juga dapat dilakukan di dalam rumah seperti di atas treadmill atau di ruang udara yang terbuka. Selain sangat baik untuk membakar lemak tubuh, berlari juga akan melatih otot perut dengan baik. Jika Anda menempatkan tangan di perut anda semasa berlari, perut akan terasa lebih keras, ini menunjukkan otot perut anda juga sedang bekerja.

3- Berbasikal
Berbasikal adalah latihan kardio lain yang sangat baik untuk membakar lemak dan mengecilkan perut. Kegiatan ini dapat dilakukan di luar rumah samada dalam perjalanan menuju suatu tempat tujuan, atau dapat dilakukan di dalam rumah dengan menggunakan alat senaman berbasikal atau kayuhan. Namun sebaiknya hindari alat senaman basikal yang mempunyai tempat berandar kerana ia membuatkan intensitinya jadi sangat rendah dan tidak optimal untuk membakar lemak. Jika Anda berlatih menggunakan alat senaman berbasikal di dalam rumah, anda juga akan manfaat seperti melakukan latihan aerobik dan juga akan melatih kaki Anda.

4- Berenang
Berenang bukan hanya sekadar latihan kardio, tapi juga merupakan merupakan latihan untuk kekuatan anda. Cuba anda perhatikan bentuk tubuh luar biasa yang dimiliki para perenang profesional. Berenang memerlukan stamina dan kekuatan yang besar. Ketika berenang, kita juga akan membangun otot yang membantu dalam proses pembakaran lemak, jadi kita akan dapatkan manfaat berganda dari berenang.

Latihan kardio memang sangat penting dalam program mengecilkan perut, tapi itu saja tidak cukup. Mengatur pola makan yang sihat dan menambahkan latihan beban juga merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian dalm usaha mengecilkan perut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here