4 Makanan Yang Berkesan Dalam Membantu Menghilangkan Lemak

0
800
lemak

Bila berkata mengenai lemak, kita tak dapat lari dengan masalah terlebih lemak terutama di bahagian perut yang menyebabkan buncit.

Ramai lelaki terutamanya yang dah berkahwin mempunyai masalah buncit…

Hehehe

Abang Sado nak highlight di sini, lemak diperlukan badan untuk menjadi sumber tenaga yang dapat digunakan badan untuk menjadi kuat dan tidak mudah letih.

Tetapi, Abang Sado nak ingatkan anda harus jaga kandungan bahan ini di dalam badan anda kerana jika berlebihan ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Dalam artikel ini Abang Sado nak menyentuh mengenai makanan yang sesuai untuk anda ambil untuk membakar lemak.

Kesemua 4 makanan ini mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dan mempunyai kandungan kalori yang rendah. Ia amat sesuai untuk anda ambil untuk mengurangkan berat badan anda dan seterusnya membentuk badan sado.

Makanan Untuk Mengurangkan Lemak

Yogurt

Yogurt diketahui sebagai makanan yang sesuai untuk semua jenis hidangan dan banyak digunakan sebagai hidangan sampingan kepada makanan utama.

Ia mempunyai kandungan protein yang tinggi dan juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang boleh menguatkan tulang.

Mengikut kajian, untuk 7 hidangan yogurt mempunyai secara purata 18 gram protein.

Yogurt juga mempunyai bakteria usus yang sihat untuk membantu proses pencernaan makanan dan seterusnya mengurangkan pembentukan lemak di dalam badan.

Brokoli

Sayuran ini memiliki kalori rendah dan kandungan serat yang tinggi.

Ini menyebabkan anda cepat kenyang dan mengurangkan rasa lapar.

Brokoli merupakan sayuran yang baik untuk badan kerana mempunyai kalsium, zat besi dan vitamin C yang membantu pengaliran darah yang banyak ke otot, menguatkan tulang dan mempertingkatkan tahap imuniti badan.

Ikan Salmon

Salmon dikenali sebagai makanan yang baik untuk dijadikan sebagai menu harian anda kerana mengandungi asid lemak Omega 3.

Ia juga membekalkan sumber protein yang baik untuk badan.

Bagus diambil menu ikan bakar.

Teh Hijau

Teh hijau banyak membantu dalam proses pembakaran lemak. Ia memiliki kalori yang rendah dan kaya dengan antioksidan.

Demikian 4 makanan yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan berat badan anda dan membentuk badan sado.

Cuba amalkan dalam diet harian anda dan anda boleh lihat kesannya dalam 1-2 bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here