3 cara untuk menceriakan hari anda sebelum bangun dari katil

0
324
bangun dari katil

Bagaimana untuk meningkatkan mood anda, menaikkan hormon dan juga memperbaiki sarapan anda – sebelum bangun dari katil

Bangun Dari Katil : Lihat cahaya

Kebanyakkan lelaki menyambut alarm mereka dengan perasaan malas dan kadang-kadang ada yang dalam keadaan tergesa-gesa,  tetapi perbezaan antara kedua-duanya ialah bangun dalam keadaan sedar yang tenang atau melompat ke dalam mod panik kerana terlambat – tapi ia bergantung kepada diri anda sendiri.

Perkara paling bodoh yang boleh anda lakukan? Gunakan telefon pintar anda. Sebaik-baiknya, anda bangun dan pergi ke  bilik lain dan gunakan masa itu untuk memeriksa masa, e-mel dan media sosial. Cahaya biru dari screen gajet anda boleh menghalang pengeluaran hormon melatonin yang menyebabkan anda mengantuk.

Bangun Dari Katil : Dengar Lagu

Keadaan sunyi waktu pagi boleh menenangkan jiwa tapi untuk bersedia untuk menghadapi hari yang penuh dengan jadual, anda perlukan sesuatu yang energetic. Untuk membantu menyegarkan semula fikiran anda setelah bangun tidur, anda boleh mendengar lagu-lagu kegemaran yang boleh merangsang hormon-hormon anda. Bagi orang Islam, anda juga boleh bangun dan mendengar suara bacaan Al-Quran. 

bangun dari katil

Bangun Dari Katil : Fikirkan Perkara Best

Cuba gambarkan apa perkara yang menggembirakan yang bakal anda lalui pada hari ini, contohnya hari gaji, nak dapat bonus, nak jumpa bakal pasangan hidup anda dan sebagainya. Ia boleh menjadi sesuatu yang menaikkan semangat anda dan membantu membuatkan anda lupa hendak tidur kembali.

SHARE
Next article8 Cara Bina Badan di Rumah

Perkongsian hal berkaitan kesihatan, pembentukkan otot badan dan pemakanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here