5 Tips Beli Peralatan Gym Di Rumah

1
1737
peralatan gym di rumah

Ramai di antara kita sibuk dan tidak sempat ke gym. Balik kerja pun dah petang kan. Dah malas dan letih nak ke gym.
Kan bagus kalau ada peralatan gym di rumah?

Ada juga di antara kita lebih selesa buat workout di rumah. Membina peralatan gym di rumah bukanlah tugas yang mudah, ia memerlukan banyak perhitungan dan pertimbangan yang serius. Bagi anda yang merancang membeli peralatan gym di rumah, baca 5 tips penting nie.

Tips Memilih dan Membeli Peralatan Gym di Rumah

Berikut ini adalah tips untuk membantu anda lebih bijaksana dalam membuat keputusan untuk membeli peralatan gym dalam rangka melengkapi gym di rumah anda:

  1. Buat perancangan sebelum pergi berbelanja. Pertimbangkan kemampuan kewangan dan ruang di rumah anda. Fikirkan jenis peralatan gym apa yang ingin anda gunakan? Apakah ruangan rumah anda dapat menampungnya?
  2. Penuhi corak latihan Anda. Apakah alat yang anda beli dapat membantu melakukan latihan kardio, kekuatan, peregangan, dan jenis latihan lainnya? Berlari, berjalan, speeding, naik tangga dan melompat adalah latihan kardio yang amat penting.
  3. Pertimbangkan kualiti. Cari informasi tentang produk yang akan anda ingin beli sebanyak mungkin untuk pastikan anda mendapatkan peralatan gym berkualiti tinggi. Beli peralatan gym dari kedai yang terbaik atau anda boleh meminta bantuan daripada kawan yang mahir.
  4. Perhatikan kelebihan sesuatu produk. Semakin moden dan lengkap fungsi sesuatu peralatan gym, maka harganya pun akan semakin mahal. Pertimbangan sekali lagi alat fitnes yang anda betul-betul perlu sahaja di rumah. Adakah sebuah treadmill dengan fungsi mengukur degupan jantung? Atau treadmill biasa? Andalah yang menentukan peralatan gym yang anda perlukan.
  5. Buat sedikit survey untuk mendapat harga yang terbaik.

Cubalah untuk lebih bijak dalam memilih peralatan gym di rumah anda, jangan sampai anda menyesal di kemudian hari. Lebih teliti dan jangan mudah terpengaruh pada diskaun, yang penting adalah fungsi utama alatan gym yang anda beli.

Semoga sukses dengan peralatan gym di rumah anda!

1 COMMENT

  1. Assalammualaikum , nama saya Mohd Aliff Nazmi , saya nak tanya satu soalan nih , klau makan lebih tanpa minyak atau sebagainya dpt menjejaskan badan yg baru dibina ? minta penjelasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.