7 Makanan Bina Otot Tanpa Workout

4
8881
makanan

Kebiasaannya kalau sebut pasal bina otot atau bina badan je… mesti kite terbayangkan kalau nak besarkan otot mesti kena wat senaman kat gym ngan minum susu protein kan?

Sebenarnya makanan seharian yang kita ambil juga boleh membantu pembinaan dan juga tumbesaran otot secara semula jadi..!

So kali ni Abang Sado nak kongsikan tujuh makanan yang boleh bantu korang untuk bina dan besarkan otot.

1-Daging
Terdapat pelbagai zat dan unsur –unsur lain yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk membina dan juga mengekalkan jisim otot badan kita. Daging mempunya protein yang berkualiti tinggi, zat besi, vitamin B dan juga zink.

2-Ayam
Mungkin ramai dikalangan kita suka maakn ayam kan? Hari-hari kalau waktu makan tengah hari atau malam rasa tak sah kalau tiada ayam. Ayam juga mengandungi protein yang berkualiti tinggi serta membantu menguatkan tulang. Tapi ingat…amalkan makan ayam tanpa kulit dan lebih baik kalau kita goring atau bakar sahaja kerana nilai kalorinya akan menjadi rendah dan tidak menyumbang kepada pembetukan lemak yang tidak diingini.

3-Telur
Dalam telur terdapat kandungan nutrisi yang tinggi. Telur mengandungi zink (yang bermanfaat untuk kuku dan juga rambut). Selain itu dalam telur juga terdapat karotenoids seperti lutein dan zeaxanthin iaitu unsur yang selalu terdapat dalam vitamin A. Di dalam telur jug aterdapat vitamin D untuk melindungi jantung dan penyakit kanser, Terdapat juga lecithin untuk tingkakan leupayaan otak dan juga pencernaan lemak.

Jangan risau tentang kolestrol sebab memang sudah ada kajian mengatakan yang sebenarnya telur tidak memberi kesan buruk kolestrol ke[ada tubuh kita. Sebenarnya yang menaikkan kolestrol dalam darah ialah makanan yang di proses, mengandungi lema trans dan juga lemak terhidrogen.

Selain itu boleh jadi seseorang itu memang sedia ada kolestrol yang tinggi di dalam badan.

Boleh jadi juga ada di kalangan kita kena kurangkan mengambil telur kerana mungkin anda sensitif kepada sejenis asid dalam telur, iaitu asid arakidonik(arachidonic acid) sejenis asid lemak, yang akan menaikkan tahap kolesterol dalam darah (ini khusus kepada yang mengalami alergi, asma, dan kulit merah rashes).

4-Ikan
Ya…! Ikan juga mempunyai protein yang sangat tinggi, berkualiti, serta mempunyai kandungan asid lemak omega-3 yang bermanfaat untuk meningkatkan kupayaan tubuh untuk metabolisme lemak dengan cepat. Di dalam ikan terdapat lemak yang sihat sepertimana terdapat pada sayuran hijau, kekacang, minyak zaitun, dan avocado. Asalkan makanan ini tidak di masak bergoreng dan penih garam.

5-Oat dan Bijiran
Kalau dahulu masyarakat kita lebih biasa dengan coco crunch dan cornflakes, kini kita mulai terdedah dan biasa juga dengan oat dan juga bijiran lain yang mempunyai karbohidrat kompleks yang mudah dan sihat. Makanan seperti ini boleh membnatu pembakaran lemak. Selain itu roti gandum dan nasi perang juga merupakan antara sumber yang terbaik.

6-Buah-buahan dan sayuran
Selalu kalau kita makan berat mesti ada sedikit sayur dan akhirnya selepas makan kita makan buah. Kalau ikut sunnah ramai yang mengamalkan memakan buah sebelum makan makanan berat. Sebenarnya kedua-dua makan ini mempunyai nutrisi yang sungguh tinggi kandungan antioksidanya. Selain itu terdapat juga fiber untuk kita detoks kotoran dan juga lemak dengan efektif.

7-Yogurt Yunani
Haa…..Unik bukan…? Yoghurt Yunani adalah sebuah jenis yoghurt tradisional yang tebal, lembut dan sangat beraroma. Satu-satunya yang membezakan yoghurt “normal” dan yoghurt Yunani ialah yoghurt Yunani tidak menggunakan air yang banyak. Yogurt ini bermula dari sumber yang sama iaitu susu. Ianya mempunya protein dan juga karbohidrat yang tinggi. Perbandingan yogurt yunani dan yang biasa antaranya ialah dalam satu cawan yogurt yunani mempunyai lebih 20g protein dan 9g karbohidrat berbanding yogurt biasa.

Tak tahu yogurt yunani tu macam mana…? Google jer…..hehehe

Orait….harap perkongsian ni BEST untuk korang. Jangan lupe lak SHARE okay….! Biar ramai lagi boleh dapat tahu info-info macam ni…!

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here