Bina Otot Lengan dengan Pumping/Push Up

0
775
bina otot lengan

Pernah tak setelah anda melakukan latihan bina otot lengan, lengan anda menjadi lebih berotot pada hari itu dan keesokan harinya kembali normal?

Anda boleh dapatkan bentuk otot lengan yang diidamkan dengan melakukan senaman push up ataupun lebih dikenali sebagai pumping.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pumping atau Push Up?

bina otot lengan

Semasa otot lengan anda digunakan untuk mengangkat berat badan anda dengan sejumlah berat, banyak darah akan mula mengalir ke otot-otot yang ada di lengan anda. Semakin laju atau semakin aktif anda melakukan senaman pumping, semakin banyak aliran darah akan mengalir ke otot lengan anda sehingga anda boleh berasa otot anda agak keras dn boleh meletup pada bila-bila masa. 🙂

Tetapi anda jangan merasa ia sudah cukup kerana ia hanyalah perasaan anda sahaja. Aliran darah tersebut adalah bertujuan untuk menyahkan racun yang terbentuk dari kepenatan dan untuk memberikan lebih banyak tenaga dan oksigen. Kalau anda dapat merasa kesan ini, maka inilah yang disebut pumping dan ia menandakan bahawa anda sudah berlatih dengan optimal pada otot lengan anda.

Bina Otot Lengan : Mengapa Mengecil?

Saya yakin tentu ini merupakan persoalan yang ada di minda anda ketika ini bagi yang belum memahami cara pumping secara betul. Semasa anda melakukan pumping, otot lengan anda menjadi besar seketika tetapi ia tidak akan kekal lama kerana yang membesar pada waktu itu bukanlah otot tetapi kerana terdapat pengaliran darah yang mengalir secara cepat ke otot yang sedang anda latih untuk mendapat tubuh yang lebih padat. Otot anda akan kembali seperti biasa keesokkan harinya apabila aliran darah kembali normal.

Kebaikkan yang akan anda dapat setelah melakukan pumping ialah memberi nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan otot anda selain dari membantu otot membesar dengan lebih cepat.

Tapi, otot tidak akan membesar dengan lebih cepat dengan hanya pumping kerana anda juga perlukan nutrisi yang baik dan betul untuk membantu otot anda berkembang dengan lebih cepat. Anda perlu mengisi otot anda dengan nutrisi protein yang betul untuk pertumbuhan otot lengan anda dengan lebih teratur dengan adanya aliran darah yang banyak ke otot lengan anda.

Anda boleh bina otot lengan anda dengan lebih cepat dan selamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here