Cara Bina Otot Badan

0
2795
cara bina otot badan

Anda masih tercari cara bina otot badan dengan berkesan?

Mesti anda selalu tertanya-tanya ada tak cara bina otot badan yang betul-betul berkesan.

Jika anda SERIUS nak bina OTOT, ada 4 perkara yang perlu anda fokuskan.

Apa yang saya perhatikan, ada beberapa perkara yang anda ‘miss’ daripada melakukannya. Ini menyebabkan proses pembinaan otot tidak sempurna.

cara bina otot badan

Cara Bina Otot Badan

Pertama: KELIRU…
Ya, anda keliru dengan matlamat anda. Anda nak bina otot tapi anda berdiet dengan diet yang rendah kalori. Karbohidrat tak cukup & protein pun tak cukup. Alasan anda takut nanti makan banyak-banyak akan ‘membina’ lemak.

Anda perlu faham, jika kalori intake kurang maka pembinaan otot tidak akan terhasil. Anda main berat-berat last-last muscle anda hilang macam itu je. Sebab badan guna otot anda untuk tenaga.

Sepatutnya tenaga tersebut dihasilkan daripada kalori yang anda ambil seharian.

Kedua: ‘Alergik’ Sayur!
Anda bukan main makan dada ayam, makan ikan salmon dan makan daging 2-3 kg. Dengan harapan sumber protein berkenaan memberikan anda protein yang membina otot.

Tapi anda silap, anda tak ambil sayur. Tahukah anda sayur adalah mikronutrien yang mengandungi pelbagai vitamin termasuk vitamin B yang terlibat dalam proses penstrukturan muscle dalam badan.

Lagi satu.. kalau bodybuilder omputih makan broccoli, asparagus tak semestinya anda pun kena cari sayur berkenaan. Anda boleh pilih pucuk paku, ulam dan petai. Itu semua natural food yang mengandungi banyak vitamin. Saya rasa kalau petai tumbuh kat US tu konpem ia dijadikan salah satu makanan wajib bodybuilder.

Ketiga: Chest..bicep..shoulder..chest..bicep..shoulder
Itu je rutin workout anda. Buat chest, esok buat bicep, lusa buat shoulder. Habis otot kaki dan belakang mana?

Tahukah anda otot kaki dan belakang antara otot yang besar dan memerlukan latihan yang lebih kerap..

Dan latihan kaki yang berkala dapat meningkatkan kekuatan dalam diri anda.

So latihan keseluruhan bahagian menampakkan diri anda lebih ‘sempurna’. Tak ada lah orang gelarkan anda ‘chicken leg’..hehehe..

Keempat: Lupakan Kardio…
Saya tahu, korang mesti sering kali kena ‘lecture’ dengan abang-abang gym untuk kurangkan kardio. Dengan alasan kardio boleh menyebabkan muscle hilang.

Tahukah anda latihan kardio seperti HIIT dapat meningkatkan stamina dan regulasi hormon testosterone? Dengan kehadiran hormon testosterone ia meningkatkan lagi proses anabolik dalam diri anda.

Lagi satu, kardio seperti HIIT mempercepatkan lagi pembakaran lemak yang ada pada badan anda tau!

Ini tidak, masa nak dekat competition je baru nak buat kardio. So tinggalkan habit ini. Kardio at least buat 2-3 kali seminggu

So saya harap 4 point diatas sedikit sebanyak membantu anda membina otot dengan cemerlang dan ohsem!

Cuba amalkan 4 point yang saya nyatakan di atas dan hentikan mencari cara bina otot badan yang lain. 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here