Jadual Pemakanan untuk Bina Badan

14
5092
pemakanan untuk bina badan

Pemakanan yang sihat dengan kuantiti kalori yang cukup amat penting dalam bina badan. Ramai yang masih keliru dalam pemakanan untuk bina badan.

Amatlah penting untuk kita membuat jadual pemakanan untuk bina badan kita sendiri.

Langkah ini amat perlu dan penting supaya kita tidak terlebih mengambil kalori dalam sehari. Di bawah adalah contoh jadual diet harian pemakanan untuk bina badan.

Anda boleh meniru sahaja atau membuat jadual anda sendiri mengikut keperluan kalori anda.

Katakanlah dalam sehari saya mahu ambil 1700 kalori sahaja.

Pemakanan Untuk Bina Badan

pemakanan untuk bina badan

Jadi jadual saya akan jadi begini….

Pukul 8.00 pagi:
Roti putih 2 keping = 156 kalori
Telur goreng 2 biji = 220 kalori
Air Milo segelas = 178 kalori
Jumlah = 554 kalori

Pukul 10.00 pagi:
Jus oren = 112 kalori
Karipap sebiji = 130 kalori
Jumlah = 242 kalori

Pukul 12.30 tengah hari:
Air kosong segelas = 0 kalori
Nasi putih separuh = 130 kalori
Ayam gorang = 225 kalori
Sayur = 30 kalori
Buah betik sepotong = 45 kalori
Jumlah = 430 kalori

Pukul 5.00 petang:
Teh tarik segelas = 83 kalori
Cekodok pisang saiz sederhana = 180 kalori
Jumlah = 263 kalori

Pukul 9.00 malam:
Nasi putih separuh = 130 kalori
Ikan gorang seekor = 140 kalori
Air kosong = 0 kalori
Jumlah = 270 kalori

Jadi, jumlah keseluruhan kalori yang saya ambil ialah 1759 kalori.Nampaknya saya terlebih daripada target saya iaitu 1700 kalori.

So, bagaimana nak buat?

Senang saja…….ada dua cara..

1. kurangkan pengambilan kalori dalam jadual pemakanan saya
2. Tambahkan aktiviti senaman untuk membakar kalori berlebihan.

Saya pilih kaedah nombor dua. Maklumlah saya suka makan 🙂

Saya akan banyakkan berjalan kaki di ofis dan menggunakan tangga untuk naik ke tingkat atas daripada menggunakan lif.

Tambah berjalan kaki 5 minit = 22 kalori di bakar
Tambah naik tangga 5 minit = 53 kalori di bakar
Jumlah = 75 kalori di bakar

Maknanya, 1759 – 75 = 1684 kalori

Akhirnya, 1684 kalori. Sampai juga target 🙂

Mudah bukan?

Nasihat saya……..

Jangan lepaskan waktu makan kerana ia boleh menurunkan kadar metabolisme dalam badan.

Seelok-eloknya makan 5-6 kali sehari. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Ok? Mudah bukan pemakanan untuk bina badan?

Sekarang amalkannya laaa….

14 COMMENTS

  1. kalau macam saya kan saya amik protein mass auu 4 kali sehari time pagi sebelum makan tengahri pastu sebelum workout ngan lepas workout okay tak sbb kalori dia utk protein tu 1250 pemakanan saya kurang berminyak air masak memang 8 gelas sehari agak agak kira okay ke camne ??

  2. Jawapan di atas saya kurang faham
    Bukan Jawapan yg saya cari..
    Apa makanan untuk bina badan..
    Ramai kata amalkan telur mentah.
    Tapi saya kurang pasti!!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here