Kenali Jenis Tubuh Badan

0
502
jenis tubuh badan

Kebiasaannya kita hanya mengetahui jenis bentuk tubuh dari segi kurus atau gemuk dan juga kadangkala kita kaitkan dengan bentuk buah-buahan.

Sebenarnya terdapat beberapa jenis bentuk tubuh yang kita kategorikan jenisnya seperti ECTOMORPH, ENDOMORPH, dan juga MESOMORPH.

1- ECTOMORPH merupakan jenis bentuk tubuh yang kurus dengan struktur tulang yang lebih kecil dari kebanyakkan orang. Mereka yang mempunyai jenis bentuk seperti ini mempunyai kerangka, bahu dan ukuruan pinggang yang kecil, dada yang datar dan bentuk tubuh yang ramping. Selain itu bahu merka adalah lebar.

Kebiasaannya jenis tubuh badan seperti ini sukar untuk membesarkan otot dan menaikkan berat badan walaupun memakan kalori yang banyak. Mereka perlu berusaha keras untuk mendapatkan bentuk tubuh badan yang diimpikan.

2- MESOMORPH merupakan jenis tubuh badan yang mempunyai berat badan yang ideal sesuai dengan tinggi badan, tidak gemuk namun tidak juga kurus. Jenis bentuk tubuh seperti ini merupakan jenis bentuk tubuh ideal yang mudah untuk dibentuk menjadi atlet secara ideal.

Kebiasaannya jenis bentuk tubuh seperti ini sudah berotot walaupun tidak melakukan sebarang latihan khusus seperti angkat berat kerana ototnya sudah terbentuk secara semulajadi. Bentuk tubuh seperti ini sangat mudah untuk dibentuk karena keseimbangan metabolisme tubuhnya.

Selain itu mereka yang mempunyai bentuk tubuh seperti ini memiliki bahu lebar dan otot massive yang banyak.

3- ENDOMORPH pula merupakan jenis tubuh badan yang bukat, gemuk, besar, serta mudah untuk berat badan mereka naik tetapi sukar untuk turun.

Jenis tubuh badan ini memiliki kandungan lemak yang tinggi dalam tubuh kerana ianya mampu menyimpan lemak dalam jumlah besar dalam tubuh. Ukuran paha dan pinggang tubuh pula biasanya adalah lebih lebar.

Selalunya jenis tubuh ini kelihatan pendek dan bulat. Pemilik jenis tubuh ini memiliki metabolisme yang lambat dan merasa sukar untuk meluruhkan lemak. Selain itu mereka dapat menaikkan berat badan dengan mudah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here