Msotropin… Mereka Kata Produk Kami Sampah…!

0
563
msotropin
Pengasas Mesotropin Sdn Bhd

Berbagai fitnah juga kata-kata negatif diterima termasuk ada yang mengatakan produk ini tidak halal dan tiada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia…

Hari ini kami ingin kongsikan kenyataan dari Saudara Hafiz Wasa yang merupakan pengasas kepada produk Msotropin yang terbukti berkesan kini begitu mendapat permintaan tinggi.

Kenyataan ini dikeluarkan beliau pada Bulan Mei 2015 yang lalu…

Jom kita baca….

Alhamdulillah hampir 7 bulan Msotropin telah memasuki pasaran Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua stokis, agen dan terutama sekali pelanggan kami yang menyokong brand Msotropin.

Namun disebalik kejayaan ini, terdapat juga beberapa unsur-unsur yang ingin menjatuhkan jenama Msotropin.

Antaranya beberapa fitnah yang kami terima yang mengatakan Msotropin tidak halal, tidak ada kelulusan KKM, tidak berkesan dan sebagainya.

Tahukah anda fitnah-fitnah sebegitu boleh kami mengambil undang-undang. Namun itu bukan matlamat kami.

Biar saya jelaskan, Mesotropin melalui produk pertamanya iaitu Msotropin telah mendapat pengiktirafan halal dengan nombor halal adalah No rujukan MS1500:2009 1012-01/2014.

Msotropin dikategorikan dalam “Food Drug Interphase” (FDI). Ia bukan bahan farmaseutikal, herba atau racun berjadual.

Oleh yang demikian, Msotropin di memerlukan nombor MAL.

Untuk makluman anda, produk diklasifikan sebagai UBAT (automatik perlu pendaftaran MAL) adalah mempunyai bahan tersenarai dalam ‘negative list for food’ DAN/ATAU mempunyai tuntutan perubatan..

msotropin
Pengasas Mesotropin Sdn Bhd

Manakala Msotropin, FDI BUKAN UBAT adalah TANPA tuntutan perubatan.

Untuk rujukan kami daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan adalah 080914/08/350

Kami juga menerima kata-kata negatif yang mengatakan produk kami adalah ‘sampah’. Ada juga mengatakan kami sengaja menyembunyikan kandungan bahan yang digunakan.

Di kotak pakaging Msotropin ada kami nyatakan bahan yang kami gunakan.

Antara bahan aktif utama yang digunakan adalah BCAA, Tongkat Ali dan Tribulus.

Formula yang kami gunakan adalah mengikut Standard British kategori ‘Sport Supplement’.

Saya percaya dan mengikut pengalaman saya dalam bidang Farmaseutikal,tidak ada mana-mana company mendedahkan 100% pecahan ramuan yang mereka gunakan.

Saya bagi contoh, produk Viagra yang dikeluarkan oleh syarikat Pfizer sekalipun tidak mendedahkan ramuan mereka, mereka hanya nyatakan bahan aktif iaitu ‘Sildenafil Citrate’ sebanyak 100mg bagi sebiji tablet.

Untuk makluman Tuan-Tuan yang saya hormati, matlamat utama saya menubuhkan Mesotropin adalah untuk melihat pembangunan sukan bina badan dan fitness di Malaysia ini.

Cuba anda lihat, di US bagaimana sukan fitness, bina badan ataupun power lifting jauh kehadapan daripada kita Malaysia.

Ini terjadi kerana perkembangan pesat industri sport nutrition di negara mereka. Mengikut statistik, industri tersebut telah menyumbang berbillion dollar!

Dengan dana tersebutlah mereka berjaya membangunkan sukan fitness di negara mereka.

Tapi kita disini sebaliknya, sibuk menjatuhkan produk tempatan.

Nak mengharapkan dana daripada Kerajaan atau Kementerian Belia dan Sukan?

Di Mesotropin, kita mempunyai matlamat yang jelas. Kita nak bangunkan industri fitness, bina badan dan power lifting di Malaysia.

Dalam plan 5 tahun kehadapan Mesotropin, kita ingin menganjurkan sukan Bina badan jenama Mesotropin, kita ingin ‘sponsor’ atlet bina badan berbakat ke pertandingan luar negara dan kita ingin membantu individu mendapatkan tubuh badan yang ‘fit’ dan sihat.

Jika sekarang orang hanya mengenali Mr. Sazali Samad, sebenarnya banyak lagi atlit bina badan yang berbakat yang boleh menjadi pelapis kepada Mr Sazali. Dengan kemampuan yang kita ada, kita nak tonjolkan individu seperti ini.

Namun impian tersebut akan berkubur tanpa sokongan Tuan-tuan disini. Impian untuk lihat jenama kelahiran malaysia ke pentas antarabangsa akan terkubur.

Saya ingin tanya anda, tidakkah Tuan-tuan berbangga apabila anda ke eropah atau ke U.S sempena ‘event’ fitness expo mereka bercakap-cakap mengenai produk kita iaitu Mesotropin?

Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan disini untuk sama-sama support jenama tempatan.

Jenama inilah akan mengubah landskap dunia fitness dan bina badan negara kita.

Ikhlas,
Hafiz Wasa
CEO
Mesotropin Sdn Bhd.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here