Panduan Bina Badan Untuk Orang Kurus

35
24395
bina badan untuk orang kurus

Ramai antara mereka yang kurus ingin memiliki badan yang tegap dan berisi seperti Aaron Aziz tetapi ramai antara mereka berasa tiada harapan untuk mereka kerana berat badan mereka yang amat kurus. Ramai yang mencari kaedah bina badan untuk orang kurus yang selamat dan berkesan.

Untuk bermula bina badan untuk orang kurus seperti anda, anda boleh mengambil makanan tambahan protein iaitu whey yang mengikut daripada kajian, didapati mempunyai pelbagai khasiat tambahan.

Whey dihasilkan daripada susu sapi yang mempunyai kandungan protein yang tinggi dan diolah untuk menjadikan bentuk protein keju dan whey. Whey membantu memusnahkan lemak dan membentuk otot tanpa lemak yang akan membakar lebih banyak kalori sekali gus mempercepat proses pembakaran lemak. Anda boleh mengambil makanan tambahan Whey ini tiga kali sehari iaitu ketika sarapan, selepas bersenam dan sebelum tidur bagi mendapatkan kesan optimum.

Anda juga perlu konsisten dalam mengamalkan rutin harian di gimnasim untuk mendapatkan berat badan ideal di sampin mendapat otot yang anda idamkan pada bahagian lengan dan dada. Selain daripada itu, dengan mengamalkan gaya hidup sihat ini dapat menjadikan anda seorang yang aktif, terhindar daripada segala jenis penyakit dan mampu membuatkan anda lebih memberi tumpuan ketika di pejabat.

bina badan untuk orang kurus

Bina Badan Untuk Orang Kurus

Ikuti senaman ini dalam membantu bina badan untuk orang kurus seperti anda:

Teknik senaman barbell dan ­dumbbell

1. Berbaring dalam posisi selesa. Pegang kuat barbell atau dumbbell supaya tidak terlepas daripada genggaman tangan.

2. Tangan berada pada laras bahu. Tidak boleh melebihi bahu atau terlalu dekat kerana ia akan memberi kesan kepada pembentukan otot dada.

3. Lentikkan badan untuk memberi tumpuan pada dada.

4. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus saat barbell diangkat.

5. Lakukan dalam enam hingga lapan kali bagi membina kekuatan badan dan sekiranya ingin memberi tumpuan kepada kekuatan otot, lakukan sebanyak lapan hingga 12 kali.

Mesin chest fly

1. Duduk dalam keadaan selesa.

2. Tarik pemegang ke luar sehingga anda dapat merasakan ketegangan atau sakit pada bahagian dada.

3. Kemudian halakan pemegang ke hadapan tetapi pastikan ia tidak menyentuh antara satu sama lain.

4. Buat secara berulang kali dalam kiraan lapan hingga 12.

5. Mesin ini digunakan bagi membentuk kelebaran dada.

Mesin incline bench press

1. Berfungsi untuk mendapatkan ketebalan dada bahagian atas.

2. Lakukan langkah sama seperti mengangkat barbell dan dumbbell.

Semoga dengan latihan senaman ini dapat membantu anda untuk mendapat bentuk badan yang anda idamkan menyelesaikan masalah bina badan untuk orang kurus seperti anda.

Semoga berjaya. Good Luck!!

35 COMMENTS

  1. terima kasih untuk tips dari kurus ke sado ini . Whey makanan tambahan tu macam susu protein yang di gym tu ke bro ?

  2. bro nak tnya klau x ambek whey ni tapi makan
    makanan protein cam biasa spt telur,ayam dll boleh ke untuk tumbesaran otot sya ?

  3. bro,nak tnye..klo badan kurus ni sesuai ke buat latihan HIIT?etc(push up,squat,crunches dll)..sbb skg ni tengah naikan berat badan..makan banyak pun still tak naik2..kurus je..huhu..risau buat HIIT ni badan makin kurus?..mohon tnjuk ajar..tq abangsado??

  4. salam bro…saya berbadan kurus dan ingin mempunyai badan fit…apa cadangan jadual rutin workout tiap minggu yang sesuai untuk saya? Terima kasih

  5. Bro, saya hasrat nak keraskan otot dada.. badan saya kurus berat badan pon 50kg.. dah lama main dumbbell dada otot dada pon nampak bila pakai baju fit tapi setakat tu jer.. tak keras tak membesar.. ada masalah ke atau ada tips lain selain dumbbell press sebab saya buat kat rumah jer..

  6. Comment Text*hai abg sado saya budk baharu bolehkah saya memulakan pamping biase dahulu dalam membina badan…saya baru pamping je dh dapat ches hha mula mula saya nak pamping agak berat juga 2-3 hari terus lancar

  7. selepas sebulan saye mula ke gym..sakit2 badan saya makin berkurang…adakah cara saya workout salah sbb itu saya tidak rasa sengal2 badan lagi mcm mula2 saye start main gym

  8. Salam bro.. Sy try workout for last 3 months..ambik.mass..based on mmber ada la sikit perubahan from 45kg ke 47kg.. Pernah suggest pada sy untuk swap dr.mass ke whey since berat sy mcm payah gile nak naik.. Based on info yg dpt dr mmber2..whey more to cutting process.. And mass untuk gain weight.. So sy keliru..haha..which 1 yg patot ambik..adakah info berkaitan whey untuk cutting tu betol?atau sebaliknya
    .thx

  9. Bro nk tanya, sye slalu push-up, main bar dengan main dumbell jer klau workout. Ade kesan ker kalau buat mcam tu??

  10. Hi Abang Sado, saya kurus sgt dan mengimpikan utk membesarkn badan. Masalah saya ialah metabolisme tinggi dan alah pada laktosa (lactose intolerence). Ada cadangan utk pengambilan susu protein dan senaman utk org seperti saya? Saya juga tak berapa mampu utk ke gim dan ambil trainer. Jadi boleh juga tak share teknik senaman di rumah?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.