Rahsia Kempiskan Perut Dengan Kain Batik

0
417
batik

Pakai baju dan nampak perut buncit, perut tersembul, berlipat, banyak ‘tyre spare’?! Kesannya, banyak kena habiskan duit beli baju baru bersaiz plus plus, sedih tak dapat ikut fesyen semasa, penat nak menjeling sindiran org?

Hmm!

Wohoo!

Siapa pernah dan sedang merasai ‘bencana’ seperti ini?

Dan, anda dalam dilema — rasa rendah diri, kurang keyakinan untuk berfesyen dan berhadapan dengan orang ramai.

Takpa bro. Setiap masalah ada penyelesainya.

Insya-Allah. Yang penting kena betul caranya dan kita komited dengan setiap benda yang kita cuba buat!

Baiklah, walaupun kaedah untuk mendapatkan pinggang ramping dan perut kempis berkait rapat dengan pemakanan dan cara hidup kita, namun kaedah senaman turut memainkan peranan utama dalam membantu kita mendapat perut yang kita idamkan!

Seorang trainer gym dan instagram terkenal telah mendedahkan rahsia pinggang ramping dan perut kempisnya dengan hanya menggunakan kain batik yang belum dijahit/panjang.

Kain batik panjang tersebut akan diikat dengan ketat (dengan ketat okay) dibahagian pinggang, dan kemudian anda bolehlah melalukan senaman yang disarankan pada masa kini bagi mendapatkan bentuk pinggang yang anda diimpikan!

kempis perut

Kaedah ini dikatakan dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori/lemak dibahagian yang diikat seperti perut dan paha.

Kini, beliau juga telah mempraktikkan kaedah ini di gym milik beliau dan kebanyakkan clientnya sangat berpuas hati.

Hebatkan! Jadi, kita bolehlah tambahkan kaedah ni semasa bersenam dan menjadikan senaman kita lebih berkesan!

Selamat mencuba dan makan jangan lupa jaga!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here