Shoulder Press Exercise Tips

0
395
shoulder press

Kali ini jom kita lihat tips bagaimana untuk membentuk otot di bahagian bahu pula okay!.

Senaman shoulder press ini dilakukan dengan memberi fokus kepada otot bahu ataupun dikenali sebagai otot deltoid. Mungkin anda pernah melihat allit perenang dimana jika diperhatikan otot dibahagian bahu mereka sedikit besar bukan? Ini kerana aktiviti berenang memerlukan penggunaan otot di bahu.

Senaman ini boleh sahaja dilakukan samada dalam keadaan duduk mahupun berdiri. Namun adalah digalakkan untuk melakukan senaman shoulder press ini dalam keadaan berdiri. Ini kerana dengan berdiri ia akan mengaktifkan otot-otot pengimbang (stabilizer) berbanding melakukan senaman ini dalam keadaan duduk.

Sekiranya senaman ini dilakukan dalam keadaan duduk ia akan mengikat kebanyakan otot dan membuatkan bahagian atas badan sahaja yang bekerja. Oleh itu jika anda fokus kepada pembetukan bahagian atas badan, boleh sahaja lakukan senaman ini dalam keadaan duduk.

Anda bebas untuk melakukannya dalam keadaan berdiri atau duduk. Namun harus beringat supaya tidak melakukan aktiviti ini dalam keadaan bersandar. Ini kerana berat alat pemberat yang digunakan dalam senaman ini akan tertumpu pada bahagian pinggang.

Cara melakukan senaman ini ialah, pastikan kedudukan badan dalam keadaan tegak dan bermula dengan mengangkat alat pemberat selari dengan kedua-dua bahu anda di sisi. Kemudian tolak alat pemberat ke atas sehingga tangan anda berada dalam keadaan tegak ke atas. Seterusnya kembalikan posisi tangan dan alat pemberat ke sisi bahu anda dan lakukannya berulang kali.

Untuk lebih mudah faham rujuk gambar ya…!

shoulder press

SHARE info ini supaya ramai dapat tahu..!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here