Tips Hapuskan Lemak Di Perut

0
255
lose

“Dah berapa bulan ya?”. Itu adalah pertanyaan yang  nampak kelakar tapi berbisa kepada seseorang terutama sekali lelaki untuk  menjawabnya.

Ini kerana perut buncit adalah antara factor kesihatan seseorang itu diukur. Umum mengetahui bahawa lemak dikawasan perut merupakan antara yang paling terdegil.

Hal ini di sebabkan oleh sifat lemak dibahagian perut itu sendiri dimana lemak berkumpul dibawah tisu abdomen lalu menyebabkan perut membuncit  ditambah pula dengan cara permakanan yang kurang bersesuaian memburukkan lagi keadaan.

Jika dibiarkan lemak ini yang disebut lemak “visceral” boleh menyebabkan fungsi beberapa organ seperti hati terganggu. Berikut adalah tips yang boleh dilakukan untuk menewaskannya.

Ubah cara permakanan

Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin seperti buah-buahan (delima, epal, dan pear) dan sayuran (asparagus, lobak, bayam, kobis, dan labu)  perlu dilebihkan. Ditambah pula dengan makanan yang kaya dengan serat  seperti gandum mampu membantu dalam langkah untuk menewaskan lemak degil ini.

Selain itu, pengambilan daging yang kaya dengan protein mampu membantu dalam usaha membakar lemak.

Rehat dan kurangkan stress

Seterusnya, kurangkan stress dan jaga tidur anda. Kajian barat menunjukkan bahawa tidur yang baik mampu membantu dalam membakar lemak dalam badan.

Sebagai contoh kajian yang dilakukan oleh University of Chicago dimana perbandingan antara individu yang tidur dalam tempoh kira-kira 8 jam dan individu yang tidur kurang dari tempoh itu.

Keputusan dari kajian ini menyaksikan individu yang tidur kira-kira 8 jam dapat membakar kalori yang lebih dari individu yang tidur kurang dari tempoh itu.

Oleh itu, nyata bahawa rehat yang cukup mampu membantu dalam menewaskan lemak.

Banyakkan bersenam

Akhir sekali, aktiviti yang berbentuk kardiovaskular seperti berjogging, berbasikal, berlari juga memainkan peranan yang besar dalam membakar lemak.

Jadi aktiviti seperti ini perlu dijadikan rutin wajib dalam kehidupan kita dalam usaha membakar lemak.

Ditambah dengan cara permakanan yang betul serta rehat yang cukup mampu merealisasikan impian anda dalam menewaskan lemak diperut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here