Teknik Tae Bo diperkenalkan oleh Billy Blanks, juara karate dunia dan pemegang tali pinggang hitam, Tae Bo menjadi popular di Hollywood pada tahun 1980-an. Blanks mengeluarkan DVD Tae Bo pertama kepada umum pada tahun 1998. Hari ini, hampir semua gim menawarkan beberapa versi tinju kardio. Sebagai satu bentuk latihan, Tae Bo dan kaedah tinju kardio yang lain mengambil inspirasi daripada tumbukan dan tendangan yang digunakan dalam gelangang kickboxing untuk mencipta latihan dinamik kardiovaskular dan latihan kekuatan yang membakar, secara purata, 500 kalori sejam. Langkah utama dalam kelas latihan Tae Bo termasuk kombinasi latihan memukul dan tendangan.
Jom baca selanjutnya beberapa latihan Tae Bo yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan berat badan anda dan seterusnya membantu bentuk otot yang lebih cantik.
Teknik Tae Bo
Berdiri Kekuda Gaya Boxing (Boxing Defence Stance)
Anda akan memulakan kelas tinju kardio anda dalam bentuk kekuda gaya boxing, lebarkan kaki anda, kaki kiri lebih ke hadapan berbanding kaki kanan. Letakkan seluruh berat anda ke kaki. Badan anda sepatutnya berasa lebih ringan. Bahu anda akan terasa santai dan angkat tangan untuk kelihatan seakan melindungi muka anda. Keseluruhan sesi Tae-Bo akan dilakukan dengan tangan mengenggam penumbuk. Apabila anda selesa berada dalam keadaan ini, anda sudah bersedia untuk mula menumbuk.
Tumbukan
Perkara utama dalam cardio tinju adalah jab, punch, hook dan upper-cut. Jab adalah yang paling mudah.
Dengan menumbuk, anda akan memberi kekuatan kepada bahagian belakang kaki.
Untuk mencangkuk ataupun hook, anda akan menghasilkan pergerakan bulatan dengan menggunakan tangan anda. Ini akan memberikan kekuatan kepada bahagian tangan.
Tendangan
Latihan tendangan cardio melibatkan semua kumpulan otot utama di kaki. Ini membolehkan kadar denyutan jantung anda meningkat dan pada masa yang sama boleh menjadi kuat.
Kunci Utama Kurangkan Berat Badan Dengan Tae Bo
Kaedah senaman ini membantu bakar kalori. Sebanyak 350 hingga 450 kalori boleh dibakar dalam masa 1 jam. Sekiranya anda melakukan senaman ini di rumah, anda perlu melihat kepada kadar intensiti dengan memastikan anda melakukan sehabis baik untuk meningkatkan kadar pembakaran kalori.
Bakar kalori dengan Tae Bo tidak akan memberi makna sekiranya selepas anda melakukan senaman ini, anda tidak mempedulikan apa yang anda makan.
Untuk membolehkan senaman ini membantu anda mengurangkan berat badan, anda perlu beri perhatian kepada pengambilan kalori harian.