Variasi Push Up

0
351
push up

Senaman push up ini atau lebih dikenali sebagai pumping (dalam bahasa melayu dipanggil sebagai tekan tubi) ini merupakan senaman ringkas dan asas yang sememangnya diketahui umum. Fokus senaman seperti ini adalah untuk menguat, membesarkan serta membentut otot di bahagian dada terutamanya, bahu, tricep dan bicep, dan juga otot di bahagian perut.

Mungkin anda boleh cuba beberapa variasi senaman push up yang mana sebenarnya kesan dan impaknya lebih efektif berbanding push up biasa. Antara teknik push up yang lain yang boleh kita lakukan ialah Diamond push up, Incline push up dan juga decline push up.

Diamond Push-Up: sama seperti gerakan asal push up atau pumping namun kedudukan tangan anda dirapatkan sehingga kedua dua ibur jari dan jari telunjuk membentuk seperti berlian atau ‘diamond’

Incline Push-Up : Sama seperti pumpung biasa cuma bezanya kedudukan tangan anda di letakkan pada permukaan yang lebih tinggi sedikit iaitu kira-kira 3 kaki. ini bermakna tubuh banda anda akan condong ke atas

Decline Push-Up: Juga seperti push up biasa, kedudukan tangannya tetap sama. Namun kalau incline push up tadi kita tinggikan bahagian depan, namun kali ini kita tinggikan kedudukan bahagian kaki kita denga meletakkan di permukaan yang lebih tinggi sekitar 3 kaki. ini bermakna tubuh badan kita akan condong ke bawah

Bagaimana..? Menarik bukan…? Jadi dengan mempelbagaikan lagi jenis dan teknik push up, kita taklah mudah bosan apabila melakukannya berulang kali. Bahkan kesannya lebih efektif berbanding push up biasa.

Selamat Mencuba…!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here