Workout Di Rumah Yang Superb Dan Mudah

0
441
workout di rumah

Artikel kali ini Abang Sado nak sentuh sedikit berkaitan cara workout di rumah tanpa perlu ke gym. Ini adalah cara yang paling mudah dan cepat untuk anda buat workout di rumah jika malas untuk pergi ke gym.

Diharap artikel ini dapat membantu bro dengan lebih mudah dan senang. Abang Sado cadangkan bro lakukan senaman ini selepas memakan Msotropin.

Klik button ini jika berminat nak dapatkan Msotropin:

Bro boleh terus buat workout di rumah tanpa pergi ke gym. Bro tidak perlu pergi jauh untuk workout. Cukup di rumah sahaja sudah memadai.

Cara Workout Di Rumah

1. Legs Squat

workout di rumah

Cara-cara:

1.Anda boleh hulurkan tangan anda kehadapan dan bengkokkan seperti dalam gambar dengan memegang dumbbell.Jika tiada dumbbell boleh gantikan sahaja dengan benda yang berat.
2.Kemudian pegang dumbbell tersebut seperti dalam gambar dan tegakkan badan anda.
3.Turunkan badan anda perlahan-lahan seperti di dalam gambar.
4.Kemudian berdiri semula seperti di dalam gambar.
5.Lakukan seberapa banyak yang anda mampu.

2.Alternating Squats

workout di rumah

Cara-cara:

1.Pegang dumbbell dan berdiri tegak.
2.Hulurkan kaki kanan kehadapan.
3.Turunkan badan anda perlahan-lahan seperti di dalam gambar sambil kaki kanan dihadapan.
4.Kemudian berdiri tegak semula seperti didalam gambar.
5.Kemudian tukar kaki kiri kehadapan pula.
6.Turunkan badan anda perlahan-lahan seperti didalam gambar sambil kaki kiri dihadapan
7.Lakukan sebanyak mana yang anda mampu.

3.Split Squats

workout di rumah

Cara-cara:

1.Pegang dumbell dan berdiri tegak
2.Hulurkan kaki kanan anda kebelakang dan letakkan di atas kerusi seperti di dalam gambar.
3.Turunkan badan anda perlahan-lahan sambil kaki masih dibelakang seperti didalam gambar.
4.Kemudian tukar kaki kiri pula di belakang.
5. Turunkan badan anda perlahan-lahan sambil kaki masih di belakang seperti didalam gambar.
6.Lakukan sebanyak mana yang anda mampu.

4.Bridge Lifts

workout di rumah

Cara-cara:

1.Baring di lantai atau beralaskan carpet untuk lebih selesa.
2.Tegakkan lutut anda keatas sambil tangan menjulur di lantai.
3.Push pinggang anda keatas seperi didalam gambar.
4.Turunkan pinggan anda perlahan-lahan ke lantai.
5.Lakukan berulang kali yang anda mampu.

ABS Workout

1.Plank

workout di rumah

Cara-cara:

1.Anda perlu menerap di lantai.
2.Kemudian naikkan badan dari kaki sehingga ke kepala anda dalam keadaan lurus keatas.
3.Tahan badan anda dengan siku anda seperti di dalam gambar.
4.Luruskan kaki anda dengan jari kaki sahaja mencecah lantai.
5.Kemudian selepas posisi anda seperti di dalam gambar,cuba tahan seberapa lama yang boleh.
6.Tekanan di bahagian perut anda membakar lemak.

2.Alternating crunhes

workout di rumah

Cara-cara:

1.Baring di lantai.
2.Luruskan kaki anda kehadapan.
3.Letakkan tangan di belakang kepala.
4.Bengkokkan kaki kanan anda seperti didalam gambar sambil kepala memandang ke kiri
5.Luruskan semula kaki kanan anda kehadapan.
6.Kemudian bengkokkan pula kaki kiri seperti didalam gambar sambil kepala memandang ke kanan.
7.Kemudian luruskan semula kaki kiri anda kehadapan.
8.Lakukan sebanyak yang anda mampu.

3.Reverse crunch

workout di rumah

Cara-cara:

1.Baring di lantai.
2.Lurukan kaki kehadapan
3.luruskan tangan ke lantai seperti di dalam gambar.
4.Tarik kedua-dua kaki keatas.
5.Lonjakkan sedikit pinggang anda keatas bersama-sama dengan kaki anda.
6.Luruskan semula kaki anda kehadapan.
7.Lakukan langkah di atas berulang kali sebanyak anda mampu.

4.Flutter kicks

workout di rumah

Cara-cara:

1.Baring di lantai.
2.Luruskan kaki anda kehadapan.
3.Luruskan tangan anda kehadapan.
4.Push kaki anda keatas seperti mengayuh basikal.
5.Lakukan berulang kali.
6.Lakukan sebanyak yang anda mampu.

5.L Sits

workout di rumah

Cara-cara:

1.Ambil kerusi letakkan di kanan dan kiri anda.
2.Letakkan tangan kanan di kerusi kanan
3.Letakkan tangan kiri di kerusi kiri.
4.Angkat kaki anda keatas selari dengan pinggan anda.
5.Luruskan kaki anda kehadapan.
6.Tahan beban badan anda dengan tangan anda seberapa lama yang boleh.
7.Lakukan seberapa banyak yang anda mampu.

Bro boleh buat cara simple ini yang boleh bro lakukan workout di rumah tanpa perlu pergi ke gym. Lakukan cara di atas dengan konsisten dan istiqamah. Insyallah hasilnya pasti memihak kepada anda.

Jika anda mahukan cara yang lebih berat, anda boleh pergi ke gym selepas makan Msotropin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here